Sejarah ringkas feng shui…
Di Negeri China lebih 6500 tahun lalu manusia telah menggunakan alam
sebagai sumber untuk menjana kehidupan yang lebih sempurna. Manusia
pada zaman itu telah mengkaji struktur bumi dan alam semesta untuk
mendapatkan sumber yang sebaik-baik mungkin. Perkataan fengshui (sumber kehidupan dan tenaga alam) itu adalah berkaitan dengan kejadian alam semulajadi dan kehidupan manusia harian. FENG (tenaga angin) yang dimaksudkan angin dan SHUI (tenaga air) itu yang dimaksudkan air. Jika diringkaskan ia boleh di sebut sebagai ILMU ALAM atau ILMU KAJI BUMI.
Manusia, binatang dan tumbuh-tumbuhan yang hidup di mukabumi ini
memerlukan udara dan air iaitu fengshui. Termasuklah udara suhu panas
suhu sejuk, logam dan tumbuh-tumbuhan. Ia itu MU, HUO, THU, CIN dan SHUI. 5 perkara. MU bermakna pokok dan tumbuh-tumbuhan, HUO suhu panas, THU tanah atau bumi, CIN logam dan SHUI bermakna air suhu berunsur sejuk.
Pada zaman dahulu kedudukan fengshui adalah
diletakkan di martabat yang paling tinggi sekali di kalangan masyarakat
China kerana ia hanya dimonopoli oleh hulubalang-hulubalang dan
Maharaja sahaja, hanya mereka sahaja yang boleh memilikinya seterusnya
jika rakyat biasa yang tahu akan ilmu fengshui akan dihukum bunuh kerana dikhuatiri melawan tuan.