Praktikal “Day at the museum”

Salam

Bermula dari April hingga Jun 2007, aku akan bekerja
dengan PERZIM ( Perbadanan Muzum Melaka ) untuk praktikal. Maklumlah
budak sejarah…Tapi syok jugak dpt keja kat melaka ni sebab aku dpt
jumpak member yang study d MMU, UTEM dll..best best…

Minggu
pertama aku stay di homestay Kampung Seri Tanjung,Masjid Tanah. Jauh
gila nak ke tempat kerja di Bandar Hilir. Perjalanan mengambil masa
lebih kurang 1 jam. banyangkan…6:30 pagi dah keluar
rumah..perghhh…pegi penat..balik lagi penat..malam terus tdo..

Mulai
minggu ni,aku tak stay sana lagi. aku decide untuk stay dgn member di
Taman Dahlia, sebelah mmu, ayer keroh…gi keje naik moto kapcai honda
c70 milik sapik..heheheh…selamba je..esok kul 7 pagi baru aku nak
kuar rumah..tak la jauh sgt pun..

Aku ditugaskan untuk bekerja
di bahagian pentadbiran, muzium yang aku kena selia ialah Muzium Islam.
Untuk informasi, terdapat lebih dari 10 buah muzium dibawah
PERZIM.haa..banyak siot…

Apa yang aku buat ? tiap2 hari
punch kad kul 8 pagi..aku masuk office, gi minum kejap..round2 muzium
check2 apa yang patut then aku ngadap pc. Skarang ni aku kena wat
design poster, banner, flyers dll untuk PESTA MASAKAN WARISAN MELAKA
2007 yg akan berlansung bulan depan.habis keja kul 5, terus balik umah.

Minggu depan ada HARI
MUZIUM PERINGKAT KEBANGSAAN, semua wakil dari muzium satu malaysia akan dtg berkampung di Melaka termasuk pelakon utama cerita NIght at the Museum tu..hahahaha…pecayala aku kelentong.. aku maybe akan jadi wakil MELAKA untuk
pertandingan DONDANG SAYANG…Hahahaa…Pengarah nak menang..aku sahut
cabaran! no problem..mesti menang punya..alahai dondang sayang…bakal berduet dengan awek baba nyonya yang semestinya seksi berbaju kebaya pendek…mata kena jaga..mata…

Banyak
yang aku pelajari di sini, yang pertama : pentingnya memulihara dan
mengambl tahu tentang sejarah dan nilai disebalik setiap tinggalan
sejarah..harus diiingat! tanpa sejarah, manusia tidak akan mengetahui
dan belajar apa-apa… Kedua : masih ramai anak muda diluar sana yang
jahil tentang sejarah. Bagi aku sejarha ni luas makna dan
skopnya..salasilah kelaurga juga sejarah..anda pernah jatuh basikal
masa darjah dua dulu…juga sejarah…pernah ditampar cikgu
sekolah..juga sejarah..dan sejarah itulah yan mengajar kita menjadi
lebih baik dan dewasa..

Dalam dunia pekerjaan, komunikasi antara
rakan kerja adalah amat penting. Jangan pentingkan diri sendiri dan
berlagak sombong..nanti semua orang tak amik peduli pasal kita
lagi..last2 ko bercakap la dengan dinding..pegi makan sorang2…bila
susah baru nak cari kawan…Hormat pada yang lebih tua dan redha dengan
kerja yang diberi..jangan terlalu berkira..dan paling penting solat jgn
lupa…alhamdulillah…aku semakin tenang praktikal..supervisor aku
Akak Jie pun baik..big boss Haji Khamis pun pelawak dan mudah mesra..

Hari
cuti sabtu dan ahad aku habiskan masa lepak di rumah..basuh baju..gi
main golf ( dgn housemate..aku pukul sekali sekala je..hehe ), lepak
tasik…dll..yang penting ketenangan jiwa mesti mau ada…duduk rumah sgt pun bengkak jugak pungkoq ni..huhu

Anyway,thanks to sapik,musyed and taceh..coz
korang sudi terima aku lepak umah korang..main pc korang..guna dapoq
nak masak …bagi pinjam moto gi keja…dll..thanks weh ! nanti aku
open table..hehehehe..

sekian dulu,nanti aku tulis lagi..
teruskan surf blog aku…hehee…thanks for support !

my blog : http://tokputih.blogpost.com
mon : 013 256 5652

wasalam

Leave a Reply