Indon mengeksport segala-galanya ke Malaysia kerana orang di Malaysia yang galak sangat mengimport segala rupa dari Indon.
Isu
pendatang haram Indon sudah berlarutan sejak tahun 70′an. Menteri
bertukar, akta tinggal akta, publisiti tinggal publisiti, makin
berduyun-duyun mereka ke Malaysia. Menteri terus mencari publisiti. Lee
Lam Thye pun menubuhkan Yayasan Cegah Jenayah untuk sumber publisiti
beliau. Tapi malangnya, seeloknya yayasan bahan publisiti itu dityukar
menjadi, "Yayasan penyubur jenayah" sebab saban hari jenayah makin
meningkat.
Segala dari Indon dibawa masuk ke Malaysia –
pendatang haramnya, lagunya yang menyakitkan telinga (suaranya
dibuat-buat lemah dan lesu), Inul menggerudi untuk menghiburkan
pendatang haram, dramanya yang menjijikkan, filemnya yang galak
diimport oleh Grand Briliance (TV3) dan yang terbaru ialah jerebu yang
menyebabkan buat pertama kali dalam sejarah kita berhari raya dalam
jerebu.
Yang lebih menyakitkan hati, ada pula yang tukang
demand. Dulu mereka meminta supaya jangan dipanggil "Pendatang haram"
lalu kita dengan lemah lembutnya menukar kepada PATI (pendatang asing
tanpa izin). Itu akal Menteri kita. Adakah itu terjemahan yang tepat
untuk "Illegal Immigrant"?
Kemudian baru-baru ini sekali lagi
ada yang meminta supaya jangan memanggil Indon. Itulah dia,
istila-istilah saja yang diutamakan untuk menaglihkan perhatian
mengenai jerebu. Mengapa kita tidak meminta supaya Indon mengadakan
sekatan besar-besaran supaya tidak memasuki Malaysia? Kat Malaysia
bukan ada kerja pun.
Tak lama lagi perdana menteri Bangladesh
akan meminta supaya jangan memanggil Bangla atau Mat Bangla. Selepas
itu perdana menteri Britain meminta supaya jangan memanggil "Mat
Salleh" — tak ada makna.
Bila sebut saja Indon, apa yang terpancar di kepala anda? Yang terpancar itulah ‘branding’.
Alkisahnya
di Taman Tun Dr. Ismail, di depan Balai Bomba, di tepi jalan besar nak
ke Damansara dan One Utama, ada kawasan tanah lapang. Asal mulanya
seoorang Indon menjual lemang di situ, sehari sebelum Hari Raya. Tak
lama kemudian berduyun-duyun, berpuluh-puluh Indon menjual lemang tipu,
lemang ‘miming’. Sikap mereka sama seperti yang diamalkan oleh peniaga
gerai yang menjual makanan di Puduraya — "Peduli apa, mereka makan
sekali saja di sini. Bukan ada pelanggan tetap."
Lemang tipu
atau lemang ‘miming’ memang sesuai benar dengan ‘branding’ Indon yang
terpancar di kepala anda tadi. Lemang itu direbus dulu di rumah,
kemudian di Taman Tun di buatnya api, dan disusunnya lemang, kononnya
dibakar di situ. Pandai tak mereka menipu?
‘Miming’ ini saya
perolehi dari kumpulan Hijas dulu. Penasyid sekadar kumat-kamit saja
mengikut lagu dari CD. Pengurus biasanya akan mengarahkan, "Kamu kena
buat M tak boleh L". L itu maknanya ‘Live’. Soalan yang kerap
kedengaran, "L ke M?"
Ia diadaptasikan kepada lemang oleh Indon. Rebus dirumah kemudian miming konon sebagai lemang bakar.
Hendak
mengenal lemang ori, yakni lemang bakar sangat mudah: Buluhnya mesti
kotor. Kalau bersih saja, sahlah ia lemang miming. Kemudian jenguk ke
dalam buluh, bahagian atas lemang mesti kotor, hangus. Kalau bersih
saja, sahlah bukan lemang Live. Tengok sekali lagi, kalau penuh, sahlah
ia lemang tipu, sebab lemang bakar akan mendak kerana semasa proses
membakar, lemang sentiasa dihentak-hentak untuk memadatkan. Membakar
lemang bukan kerja mudah. Api mesti terkawal, mengambil masa 3 — 4
jam. Akhirnya, kalau dibelah, kelihatan lemang itu begitu sempurna dan
seperti rata saja masaknya, sah, anda sudah kena tipu dengan Mat Indon.
Kenapa mereka menipu? Sangat mudah: kerana kita rakyat Malaysia mudah ditipu dan rela ditipu.
Selesai
kisah lemang. Sekali kena tipu perkara biasa, dua kali masih boleh
dimaafkan tetapi kalau 3 kali kena tipu itulah namanya bahlul. Benar
atau tidak kata pepatah India, "Kalau seseorang kena tipu, yang
bersalah bukan yang menipu tetapi yang tertipu." Itulah hakikatnya.
——
Dengar-dengar
sejak dulu lagi konon gegak-gempitanya, kalau nak beli harga lantai,
murah-murah lelong taik kucing, pergilah ke Masjid India malam Raya.
Maka terpedaya akan ia, bukan tujuan hamba hendak membeli sebaliknya
hendak mengesahkan akan kebenaran ia, bersama anak bongsu, Ezika
Armansur (yang sentiasa mengekor abahnya), buat pertama kali dalam
sejarah, keluar ke Masid India, pada malam Raya.
Detak hati yang
sentiasa prejudis memang tepat. Bohong semata-mata! Tak ada yang murah
bahkan LEBIH MAHAL! Kalau seseorang kena tipu, yang bersalah ialah yang
tertipu. Siapa suruh percaya?
Suatu masa dulu memang kuih raya
yang dah masuk angin, dah reject dijual murah oleh hanya seorang saja.
Itulah yang dijadikan modal dan branding — kalau nak beli murah-murah
dan lelong di Madjid India, malam Raya. Kita pun terfikir, "Betul juga
tu, esok dah raya, jualan mereka mesti dihabiskan, mesti jual
murah-murah, kalau tak, siapa nak beli lagi. Dari rugi, baik jual
murah-murah." Kerana mengiyakan begitu, kita tertipu, sedangkan
hakikatnya: kuih raya mereka beli secara consignment, boleh dipulangkan
kepada pengeluar. Kalau tak boleh, sekarang ini tak perlu menunggu hari
raya pun dah boleh jual kuih raya dan bahulu, setiap hari. Pakaian tak
busuk, boleh disimpan sampai tahun depan. Songkok tak mengecut, tahun
depan boleh dujual semula.
Yang dijual dulu, sekali, kuih 2 atau 3 bekas dengan harga RM10 adalah kuih yang sudah rosak atau masuk angin.
Yang
menjual melaung-laung macam ayam lepas bertelur sebahagiannya orang
Malaysia dan sebahagian lagi loghat yang pelik. Kena tipu dengan Mat
Indon lagi.
Tak payahlah menyusahkan diri nak ke Masjid India
Kuala Lumpur kalau nak beli murah. Tak ada yang murah. Yang ada
kelentong. Hanya sekali dulu ada kuih rosak dijual murah, menyebabkan
orang berduyun-duyun nak mencari yang murah kononnya. Oleh kerana orang
sudah berduyun datang, apa lagi, naikkan saja harga — mana sempat nak
membanding-bandingkan, lagipun sepanjang jalan sudah kena pukau,
"Murah, murah, murah, murah, lelong, lelong, lelong, marey, marey
(mari-mari tapi disebut dalam loghat Indon).’ Jadi, pemikiran telah
diset, malam itu semuanya murah.
Jadi, kalau tak nak
menyusahkan diri, harga memang lebih murah di Giant, Tesco berbanding
di Jalan Masjid India. Kalau tersilap beli atau terbeli kuih yang masuk
angin boleh dipulangkan semula. Kalau beli di Jalan Masjid India,
dahlah lebih mahal, nak dipulangkan pada siapa? Resit pun tak ada.